Sejarah Melaka

Parameswara

Parameswara merupakan pemerintah pertama Melaka yang merupakan seorang putera pelarian daripada Palembang. Baginda telah membuka Melaka setelah menyaksikan sendiri peristiwa anjing baginda yang telah ditendang oleh seekor kancil. Baginda menyatakan kepuasan hati baginda akan tempat tersebut dan membina sebuah pelabuhan yang kemudiannya menjadi sebuah pelabuhan enterpot seterusnya menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang disegani di nusantara ini.

Sultan Mahmud Shah - Melaka

Sultan Mahmud Shah merupakan Sultan ke-8 dalam pemerintahan Melayu Melaka di Tanah Melayu. Sultan Mahmud Shah menaiki tahkta selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Alaudin Riayat Shah yang pada ketika itu baginda berusia 12 tahun. Disebabkan fitnah dan permasalahan yang melanda di dalam istana Melaka pada ketika itu menyebabkan Portugis berjaya menawan Melaka pada 1511 dan Sultan Mansur Shah membawa diri ke selatan dan akhirnya mangkat di Kampar.